Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini, tanggal 27 Februari 2016 merupakan kelas pertama bagi saya untuk kursus SFP6024 Communication Technology and Innovation in Teaching and Learning Physics yang diajar oleh Prof. Madya Dr. Nurulhuda. Banyak perkara yang bermain difikiran saya sebelum saya masuk ke kelas pada hari ini. Antaranya, saya sendiri masih keliru dengan apa yang saya inginkan daripada kursus ini..
Baiklah.. sejujurnya, apa yang saya tahu dan faham berkaitan kursus ini adalah ia berkaitan teknologi komunikasi dan inovasi di dalam p&p Fizik.. Tetapi, apabila Dr. Nurul bertanya apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Apakah itu teknologi komunikasi? Saya sendiri tidak boleh menjawab dengan sebaiknya..
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan yang meliputi kaedah, sistem, adat dan lain-lain. Dalam erti kata lain ia menjurus kepada kaedah atau usaha mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea yang keratif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan kehidupan masyarakat.
Teknologi Komunikasi adalah satu istilah yang menggambarkan saling hubungan antara manusia yang berlandaskan kepada teknologi sebagai alat bantu gerak sesuatu maklumat, mesej, pesanan, perasaan atau fikiran supaya disampaikan dengan jelas dan tepat kepada penerima
So, sekarang baru saya tahu hikmah disebalik saya join kelas ni... rupa rupanya, banyak benda lagi yang saya sendiri tak tahu. But Alhamdulillah, daripada kelas pertama, saya rasa happy sangat *at the same time risauuu sebab tengok assignment * Dr. Nurul deliver everything dengan cara yang sangat baik. Ada banyak terms baru yang saya belajar pada harini. Antaranya saya baru tahu ada terdapat beberapa online course cuma saya yang belum melibatkan diri seperti coursera, Edx dan lain-lain.. Melalui coursera, saya boleh mengikut kursus Powerful Tools for Teaching & Learning : Web 2.0 Tools. So far, saya baru melihat beberapa video yang disediakan dan InshaAllah saya akan habiskan menonton video tersebut secepat yang mungkin.
Selain itu, saya juga mempelajari apakah yang dimaksudkan dengan MOOC. Sebelum ini, saya seringkali mendengar orang bercakap berkaitan MOOC, blended learning, flip classroom, PMI (Plus Minus Interest), PBL (Problem Based Learning) dan lain-lain lagi. Di samping itu, saya juga belajar untuk membuat CGQ (Central Guiding Question) saya sendiri.. Seriously sepanjang saya mengikuti mana-mana kursus master sebelum ini, belum pernah saya diminta untuk membuat CGQ. Saya hanya masuk ke dalam kelas, kemudian ikut sahaja apa yang diminta oleh pensyarah. Senang cerita, just follow the flow. Sedangkan, saya sendiri sebagai pelajar tidak tahu apakah matlamat saya mengikuti kursus tersebut. Apabila saya mengikuti kursus ini, Dr Nurul minta saya dan rakan-rakan membina sendiri soalan tersebut.. Bagi saya teknik ini adalah sangat bagus, kerana melalui CGQ pelajar tahu matlamat dan hala tuju mengikuti sesuatu kursus. Maka sepanjang mengikuti kursus, saya sendiri akan mendapat jawapan daripada apa yang saya persoalkan pada awalnya.. Mudah mudahan di akhir kursus saya dapat menjawab CGQ saya iaitu ;
" Bagaimanakah teknologi komunikasi dan inovasi diterapkan dalam P&P Fizik di sekolah-sekolah?"
Setakat ini sahaja perkongsian saya buat hari ini. Jumpa lagi for the next entry! ;)
Selamat Maju Jaya