Bertemu lagi pada entry kali ini.. Tengok pada tajuk pun mesti kalian dah dapat agak kan, apa yang kita nak bincangkan kali ni? Yaa satu perkataan yang seringkali kita dengar iaitu INKUIRI. Pada pembentangan baru-baru saya lihat kebanyakan rakan-rakan menggunakan kaedah inkuri dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka bersama para pelajar. Tetapi adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan INKUIRI?
Inkuri berasal daripada bahasa inggeris iaitu inquiry, bererti sebagai proses bertanya dan mencari tahu jawapan terhadap pertanyaan ilmiah yang diajukannya. Pertanyaan ilmiah adalah pertanyaan yang dapat mengarahkan pada aktiviti penyelidikan terhadap subjek pertanyaan. Dengan kata lain, inkuiri adalah satu proses bagi memperoleh dan mendapatkan informasi dengan melakukan pemerhatian atau eksperimen untuk mencari jawapan atau menyelesaikan masalah terhadap pertanyaan atau rumusan masalah dengan menggunakan kemampuan berfikir secara kritis dan logik.
Trowbridge & Bybee (1986) menyatakan " Inquiry is the process of defining and investigating problems, formulating hypotesis, deigning experiments, gathering data and drawing conclusion about problems". Menurut mereka, inkuiri adalah proses mendefinisikan dan menyelidiki masalah-masalah tersebut. Inkuiri adalah kaedah bagi menyedari apa yang telah dialami kerana ia menuntut para pelajar untuk selalu berfikir. Meskipun kaedah ini berpusatkan pelajar, namun guru tetap memainkan peranan penting. Guru bertindak sebagai fasilitator bagi membimbing pelajar sepanjang proses pembelajaran berlaku. Kadangkala guru perlu membimbing perbincangan. memberikan instruction, melontarkan pertanyaan, memberikan komen dan saranan kepada pelajar. Menurut Douglas Liewellyn, inkuri merupakan kegiatan pembelajaran dimana pelajar melibatkan diri dalam proses penyelidikan, merumuskan persoakan dan menyelesaikan masalah. Kaedah seperti ini bagi mengasah keterampilan mereka agar hasil pembelajaran pelajar menjadi lebih baik.
Bagi saya sendiri, melalui inkuri pelajar dituntut untuk menjadi lebih aktif secara fizikal mahupun mental untuk dapat mengalami pembelajaran yang bermakna yang pada hakikatnya merupakan peningkatan tahap pemahaman mereka terhadap subjek pembelajaran. Dengan aktifnya pelajar, diharapkan dapat meningkatkan rasa ingin tahu sekaligus meningkatkan pemahaman dan nilai nilai pendidikan yang tercermin dalam pembelajaran inkuiri akan mampu membentuk peribadi pelajar yang memiliki kepekaan sosial.Setakat ini sahaja perkongsian saya. Mungkin pada entry yang akan datang, saya akan berkongsi lebih mendalam berkenaan inkuiri. Nantikan ya! ;)
Selamat Maju Jaya!
No comments:
Post a Comment