Mulakan dengan basmallah

Mulakan dengan basmallah

Saturday, 28 May 2016

Teknik Soal Jawab. Susah ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..





Saya percaya, semua guru mempunyai teknik penyoalan tersendiri ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masing-masing. Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Sepanjang pengalaman menjadi seorang guru, itu satu kelemahan buat saya sendiri. Kerana sebagai seorang guru, saya perlu mempelajari teknik bagaimana ingin membuat soal jawab bersama pelajar. Melalui soal jawab, seorang guru boleh mengesan pengetahuan berbahasa pelajar, boleh menggalakkan pelajar berfikir lebih kreatif, inovatif, logik dan juga kritis disamping mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. 

Berdasarkan tips yang diberikan oleh Dr Nurul, ada kajian mengatakan bahawa seorang guru perlu memberikan masa sekurangnya 3-5 saat untuk pelajar memberikan jawapan. Ini adalah bagi memastikan jawapan yang diberikan oleh mereka adalah berkualiti dan tidak sekadar melepaskan batuk ditangga. Kesalahan yang saya kerap lakukan adalah saya minta pelajar menjawab soalan yang diajukan secara on the spot. Tanpa minta mereka berfikir terlebih dahulu. Seterusnya, guru perlu memilih salah seorang pelajar untuk bangun dan memberikan jawapannya. Oleh sebab itu, guru perlu ingat nama - nama pelajar dan mengenali mereka. Kemudian diikuti dengan teknik yang seterusnya. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya jawapan yang diberikan oleh mereka betul?  Dan apakah tindakan kita sekiranya jawapan diberikan adalah salah? haaaa sebab itulah pentingnya kita belajar teknik penyoalan. 


Bagi saya, semasa pelajar menjawab persoalan kita boleh mengenalpasti sama ada terdapat miskonsepsi dalam kalangan pelajar tersebut. Di samping itu, boleh membuatkan pelajar itu lebih berfikir semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap dapat meningkatkan lagi skill penyoalan saya pada masa akan datang dengan menghadiri bengkel ataupun melalui pembacaan.

Sekian, terima kasih.

Selamat Maju Jaya!

No comments:

Post a Comment