Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Cuba kalian teka kali ini kita nak bincang mengenai apa? Saya beri 3 saat untuk berfikir. (Wait time 1, 2, 3) Alaaa senang sangat soalan kan? Tengok tajuk pun dah tahu, mestilah mengenai kemahiran memulakan pengajaran. Apa yang memanggil saya untuk membicarakan soal ini adalah selepas melihat video pengajaran yang dibentang sabtu baru-baru ini. 'Kemahiran Memulakan Pengajaran'. Emm dengar macam mudah, tapi tahukah kita bagaimana untuk memulakan pengajaran? Baru saya tahu bahawa nak mulakan kelas pun kena ada kemahiran jugak. Ingatkan masuk kelas, bagi salam, baca doa, tanya khabar dah dikira cukup sebagai mukadimah pengajaran. Rupanya ada banyak lagi. Bagi yang dah tahu, jom kita revise kembali dan bagi sesiapa yang baru nak belajar macam saya ni, meh kita hadam sama-sama ya..
Kemahiran memulakan pengajaran ataupun set induksi adalah merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat hendak disampaikan (Mok Sang Sang, 2001). Tujuan kita berlajar kemahiran memulakan pengajaran ini adalah untuk menarik perhatian pelajar serta memperkenalkan objektif pembelajaran. Kebiasaannya, pelajar tidak begitu bersemangat hendak memulakan sesuatu pembelajaran. Ke student kalian memang sentiasa bersemangat? Bagus la kalau sentiasa bersemangat ;) Ini penting kemahiran ini untuk guru menarik perhatian mereka supaya mereka tidak terawang- awang berada di alam sendiri walaupun guru berada di hadapan. Guru boleh menarik minta pelajar dengan menggunakan suara, pergerakan, isyarat, alat pandang dengar dan sebagainya. Mengikut kreativiti masing masing ye cikgu? ;D
Terdapat beberapa komponen kemahiran memulakan pengajaran. Antaranya;
- Menarik perhatian (suara, pergerakan, alat pandang dengar)
- Menimbulkan motivasi (hubungan baik antara guru dengan pelajar, ransang sifat ingin tahu)
- Menstruktur P&P (cungkil idea, buat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P)
- Membuat perkaitan (banding beza, pengetahuan sedia ada, pengalaman berkaitan pelajar)
Dan dia atas saya ada sebut berkaitan mencungkil idea pelajar. Tahukah anda bagaimana ingin mencungkil idea pelajar? Ia boleh dilakukan dengan memberi masa 2-3 minit untuk pelajar berbincang di dalam kumpulan. Guru boleh membuat demonstrasi dan sertakan persoalan selepas itu. Kemudian diikuti dengan soal jawab keseluruhan kelas dan kuiz pendek. Kaedah ini disebut Ramal-Perhati-Terang atau dikenal POE (Predict-Observe-Explain). Pada ketikan itu, guru boleh mengnalpasti miskonsepsi yang ada para pelajar. Dan selalunya masa bagi memulakan pengajaran adalah dalam 6-7 minit sahaja.
Harapan saya, semoga saya dapat mengaplikasikan semua kemahiran semasa mengajar nanti. Oh yaa bagi sesiapa yang belum menonton video pengajaran saya boleh klik pada link ini video inovatif
Setakat ini sahaja perkongsian saya! Semoga bermanfaat ;)
Selamat Maju Jaya!
No comments:
Post a Comment