Mulakan dengan basmallah

Mulakan dengan basmallah

Wednesday, 16 March 2016

Minggu Pembelajaran Berasaskan Masalah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah lindunganNya. Baiklah, pada entry kali ini, saya ingin berkongsi mengenai apa yang saya peroleh daripada kelas bersama Dr.Nurulhuda baru-baru ini.. Untuk pengetahuan semua, pada hari tersebut saya telah belajar mengenai Pembelajaran Berasaskan Masalah atau dikenali sebagai Problem Based Learning (PBL).

Antara hasil pembelajaran yang saya dapat pada hari tersebut ialah :

1) Saya dapat faham apa yang dimaksudkan dengan  PBL.

2) Saya tahu bagaimana ingin melaksanakan PBL di dalam kelas.

3) Saya dapat merasai sendiri suasana semasa pelaksanaan PBL di dalam kelas.

PBL merupakan satu pendekatan pembelajaran dimana guru akan memberikan satu situasi masalah berdasarkan real situation dan pelajar akan bertindak sebagai problem solver. Pelajar akan menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan alat pemikiran yang dikenali sebagai carta FILA. FILA bermaksud Facts, Ideas, Learning Issues dan Action Plan.

Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan masing-masing berada di dalam kumpulan dan menjalankan PBL bersama-sama. Dr.Nurul bertindak sebagai fasilitator dan memastikan kami semua berada on the right track. 

Ini adalah ahli kumpulan saya. Dar kiri : Isni, Syida, Saya, dan Jubri

Proses p&p pada hari tersebut sangat menarik sehinggakan Dr. Nurul minta kami berhenti berehat pun kami tak dengar. *bersemangat sungguh fuhhh

Jubri sedang mengumpul maklumat

Sesi perbincangan bersama ahli kumpulan

Hasil perbincangan kami ;)



Dan Alhamdulillah akhir sekali, kami dapat menyelesaikan masalah yang diberi. Miss Long Hair paid RM7.70 more than Miss Physics. Satu lagi perkara penting yang saya dapat pada hari tersebut adalah, saya tahu selama ni saya bayar bil elektrik untuk apa.  For Energy yee kawan-kawan

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Selamat Maju Jaya!

Thanks for reading this entry! 











No comments:

Post a Comment