Haaa.. kalau tengok pada topic post saya kali ni pun mesti semua dah boleh agak kan saya nak cerita tentang apa? Baru-baru ini saya baru sahaja menyelesaikan kuiz bagi powerfull tools for teaching and learning:web 2.0 tools. Saya perlu menyelesaikan kuiz bagi 5 minggu pengajaran dan bagi menjawab semua soalan kuiz tersebut, saya perlu menonton video-video yang disediakan mengikut minggu yang ditetapkan. Alhamdulillah finally saya berjaya jugak selesaikan kuiz-kuiz tersebut.
Apa yang saya dapat daripada menonton video-video tersebut? Semestinya saya dapat mempelajari pelbagai jenis tools yang sememangnya disediakan secara percuma buat kita. Cuma, setiap tools itu kita perlu sesuaikan dengan instructional issue yang kita ingin selesaikan. Yang bestnya, saya dapat tahu banyak jenis tools yang saya sendiri tak pernah dengar dan tak pernah tahu pun. So, bila saya belajar melalui coursera ia memberi pendedahan kepada saya sebagai guru sekiranya saya ingin menyelesaikan sebarang issue yang saya hadapi di sekolah.
Kesimpulannya pembelajaran melalui Coursera ini sangat memberikan manfaat buat saya yang masih serba kekurangan ini. Baiklah, lepas ni boleh snap gmbar bagi dekat Coursera untuk dapatkan percent saya! Jumpa lagi di entry akan datang.
Selamat Maju Jaya ;)
No comments:
Post a Comment