Mulakan dengan basmallah

Mulakan dengan basmallah

Tuesday, 3 May 2016

Apakah web 2.0?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Pada entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai Web 2.0. 




Web 2.0 adalah satu istilah tekno-budaya yang dicipta pada tahun 2004.  Ianya  lahir pada sebuah persidangan O'Reilly Media, dan menerangkan bahawa World Wide Web kini telah berkembang menjadi pembekal perkhidmatan perisian dalam talian. Web 1.0 berasal tahun 1989 adalah hanya satu koleksi besar-besaran risalah statik elektronik. Tetapi sejak tahun 2003, Web telah berkembang menjadi pembekal perisian akses  secara jauh. Secara ringkasnya, Web 2.0 adalah web interaktif. 

Pada umumnya, Website yang dibangun dengan menggunakan teknologi Web 2.0 memiliki ciri-ciri berikut:

·         CSS (Cascading Style Sheets)
·         Aplikasi Rich Internet atau berbasis Ajax
·         Markup XHTML
·         Sindikasi dan agregasi data menggunakan RSS/Atom
·         URL yang valid
·         Folksonomies
·         Aplikasi wiki pada sebagian atau seluruh Website
·         XML Web-Service API

Web 2.0 ini ini lebih mesra pengguna iaitu interaksi sosial di dunia maya sudah menjadi keperluan sehingga era Web 2.0 ini memiliki beberapa ciri yang boleh berkongsi maklumat (share), berkerjasama dan mengeksploitasi.

Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat penyertaan, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan kerjasama di “World Wide Web”.  Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya. Ini berbeza dengan laman web 1.0 di mana pengguna adalah terhad kepada tontonan yang pasif kandungan yang diciptakan untuk mereka.  Contoh Web 2.0 termasuk laman rangkaian sosial, youtube, wiki, laman perkongsian video, blog, Friendster, Myspace, Youtube, Fickr, aplikasi web, Mashup, folksonomies dan   sebagainya.

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Jumpa lagi pada entry yang akan datang!

Selamat maju jaya!

No comments:

Post a Comment