Mulakan dengan basmallah

Mulakan dengan basmallah

Tuesday, 31 May 2016

Refleksi Akhirku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Apa khabar sahabat sekalian? Mudah mudahan sentiasa dalam keadaan baik. Baru-baru ini 28 Mei 2016 merupakan kelas terakhir saya bersama Dr Nurul dan sahabat yang lain bagi kursus SFP6024. Teringat lagi, saat kali pertama saya melangkah ke dalam kelas pada 27 Februari 2016 yang lalu. Dengan perasaan gementar sebab rasa ilmu tidak penuh di dada, bercampur dengan first time belajar dengan Dr Nurul membuatkan saya rasa betul-betul tidak bersedia. Tetapi segala perasaan negatif itu saya tolak ketepi tatkala melihat Dr Nurul masuk ke dalam kelas. Satu aura yang dapat saya rasakan di mana tidak semua guru mempunyai aura tersebut. Intonasi suaranya yang menarik perhatian, gerak tubuhnya yang membuatkan saya sentiasa fokus di hadapan dan pelbagai lagi. 



Tik tok tik tok, jam berdetik tidak sedar bahawa kelas SFP6024 sudah berada di penghujungnya. Tidak sangka segala tugasan yang pada awalnya dirasakan berat dan tidak mampu dilakukan, akhirnya berjaya disempurnakan. Banyak ilmu baru yang saya perolehi daripada menghadiri kursus ini. Sememangnya ilmu ini sangat berguna untuk dipraktikkan dalam mendidik anak bangsa di luar sana. Selain itu, dengan menghadiri kursus ini membuatkan saya sedar betapa banyak perkara yang saya tidak tahu selama ini. Benarlah orang kata.. semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita rasa kita tak tahu..

Antara tugasan yang telah dilakukan di dalam kursus ini ialah ;
  1. Kajian tindakan bertajuk 'Keberkesanan Penggunaan Tracker Dalam Meningkatan Pemahaman Pelajar Bagi Topik Gerakan Jatuh Bebas' yang dijalankan di SMK Bidor. (klik link ini action research azie )
  2. Video Pengajaran Inovatif dengan menggunakan Web 2.0 tools, Video Analysis and Modelling Tool Tracker (klik link ini video inovatif )
  3. Blog Refleksi "Corat Coret Guru Fizik" (klik link ini http://aziefizik187.blogspot.my/ )
  4. MOOC dengan menyertai kursus "Powerful Tool for Teaching and Learning" yang disediakan oleh Coursera. Menonton video pengajaran bagi 5 minggu dan menjawab kuiz yang disediakan. (klik link ini https://www.coursera.org/course/newtechtools )

Alhamdulillah semua tugasan dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Sesungguhnya banyak perkara yang dapat dipelajari melalui setiap tugasan ini. Antaranya saya dapat membina blog sendiri, macam sekarang ;) Saya yang sememangnya tidak mempunyai pengalaman dan tidak pandai menyusun ayat di dalam blog, akhirnya berjaya melakukannya. Selain itu, pengalaman menjalankan kajian tindakan di SMK Bidor merupakan satu pengalaman berharga buat saya kerana dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kelas. Di samping menyediakan video inovatif yang bermula daripada proses rakaman hingga ke proses suntingan. Saya yang kurang arif dalam proses suntingan ini berjaya menghasilkan sebuah video inovatif dengan menggunakan perisian Corel Video Studio Pro X7 walaupun terdapat beberapa kekurangan dari segi isi kandungan video ;) MOOC yang selama ini cuma meniti di bibir semua orang dan saya hanya mendengar sahaja, akhirnya dapat saya enroll di Coursera. Satu ilmu dan pengalaman yang bakal menjadi titik tolak buat saya untuk menjadikan diri saya seorang guru yang berilmu lagi berinovasi. Selain itu melalui pembelajaran seperti PBL, TBL dan lain -lain juga sangat menarik dan merupakan satu pengalaman yang baru buat saya. Yang menariknya, saya dah belajar bagaimana nak membina senario masalah PBL yang ya ampunnn susah sangat. Tapi, sekurangnya saya dah belajar tekniknya melalui Dr Nurul.

Harapan saya adalah semoga segala ilmu yang dicurahkan akan sentiasa kekal dalam ingatan dan hati saya sendiri. Selain itu, saya berharap dapat mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas kelak. Memandangkan bulan hadapan saya akan menjadi seorang guru. Doakan saya ya! ;) Sejuta penghargaan buat Dr Nurul dan sahabat perjuangan SFP6024 di atas segala tunjuk ajar dan sokongan yang tiada bandingannya. Saya doakan semoga jasa dan ilmu yang dicurahkan ini akan menjadi saham buat kalian di akhirat kelak. InshaAllah 

Senyum semuaaaa ;D
Setakat ini sahaja perkongsian saya. Maaf jika ada terlebih mahupun terkurang sepanjang penulisan saya di dalam blog ini. Semoga blog ini terus 'hidup' selepas ini biarpun kursus SFP6024 sudah berakhir. Good luck untuk sahabat yang akan menduduki peperiksaan akhir dan good luck juga buat Dr.Nurul. Semoga terus sukses dalam karier Dr mendidik anak bangsa. You are really impress me Dr! I wish one day I will be like you ;)

Selamat Maju Jaya. Guys! Dont forget drop your comment ya! ;)

Thank for reading ;D 

Answer for my CGQ

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar semua? Kalau kalian masih ingat lagi, pada awal pertemuan kita dalam SFP6024 dulu, Dr Nurul minta setiap orang untuk membina CGQ (Central Guiding Question) masing-masing. Tujuan CGQ ini adalah mengetahui matlamat kita menyertai kursus ini dan di akhir kursus kita perlu menjawab persoalan yang kita sediakan pada awalnya. CGQ ini sangat bagus kerana sebagai seorang pelajar kita perlu mempunyai hala tuju bagi setiap apa yang kita lakukan. Kalau orang tanya, apa yang awak nak dalam kursus SFP6024? Tak kan nak jawab, saje nak suka-suka. =.= So, thats why setiap daripada kita perlu ada sekurangnya 1 CGQ supaya  di sepanjang dan akhir pembelajaran kita dapat menjawab persoalan tersebut. 



Meh saya kongsikan CGQ saya iaitu "Bagaimanakah Teknologi Komunikasi dan Inovasi diterapkan dalam P&P Fizik di Sekolah?

Maka disini saya ingin merungkai persoalan yang saya ada pada awal saya terlibat dalam kursus ini. Sememangnya teknologi komunikasi dan inovasi sudah sedia diterapkan di sekolah. Cuma, sebagai seorang guru kita tidak mempelbagaikan inovasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru lebih selesa dengan kaedah tradisional iaitu chalk and talk yang memang tidak boleh dinafikan keberkesanannya sejak dahulu lagi. Dengan penggunaan Web 2.0 Tools yang terdiri daripada alat komunikasi, kolaborasi dan kreativiti. yang sememangnya banyak disediakan di internet seperti  Skype, Google Hangout, Plickers, Wikispace, Kahoot, Trackers, Visual Analyser, Edmodo, Voicethread dan pelbagai lagi. Dengan adanya alat-alat seperti ini, ia akan menjadi inovasi buat guru yang belum pernah menggunakannya bersama para pelajar. Bukankah pembelajaran menjadi semakin menarik dengan adanya penggunaan alat komunikasi kolaborasi dan kreativiti ini?



Selain itu kaedah pembelajaran seperti Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) Pembelajaran Berasaskan Pemikiran (TBL), dan Pembelajaran Inkuri juga boleh dijalankan di dalam kelas. Kaedah PBL dapat memperkembangkan kemampuan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif . Ini kerana PBL membantu pelajar berfikir dan menyelesaikan masalah yang diberikan. Pelajar akan mencari jalan penyelesaian berdasarkan segala pengetahuan yang mereka ada sekaligus dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka kerana mereka perlu mencari jawapan melalui pembacaan dan perkongsian idea bersama rakan-rakan di dalam kumpulan. Manakala TBL merupakan satu teori yang unik di mana pengajaran kandungan dan pengajaran kemahiran berfikir disebatikan.  Sekaligus ia akan menghasilkan serta memupuk kemahiran berfikir secara cekap dalam kalangan pelajar. Tetapi perlu diingatkan, sebagai guru selaku fasilitator kita perlu bijak mengendalikan pembelajaran tersebut supaya para pelajar fokus pada objektif pembelajaran.

Setakat itu sahaja kupasan saya. Bagaimana dengan CGQ kalian? Boleh kongsikan pada ruangan komen di bawah ;)

Selamat Maju Jaya!



ICT dalam PdP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini saya ingin tulis berkaitan gabungan ICT dan P&P. Kenapa saya katakan begini? Kalau tengok pada nama kursus kita pun "Inovasi dan Teknologi dalam P&P". Pada abad ke 21 ini, gabungan ICT dan P&P ini sudah kelihatan sebati antara satu sama lain. Sekolah tidak ada pilihan melainkan menerima  perubahan dan fenomena ICT serta guru perlu cepat menguasai ilmu dan keterampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Penggabungan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terbabit dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula daripada persediaan sebelum mengajar, semasa dan penilaian selepas P&P. Maka, sekiranya seorang guru gagal dalam membuat perancangan yang teliti ia akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan. Sedih kan? 

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabung bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah dalam aktiviti P&P. Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P. 


Tetapi bagi saya, penguasaan ICT dalam kalangan guru sudah tidak menjadi masalah kerana dengan adanya bantuan internet, ia akan memudahkan lagi guru untuk mempelajari segala teknologi dan kemudahan yang ada. Bak kata pepatah, 'di mana ada kemahuan di situ ada jalan' . ;D 

Setakat ini sahaja perkongsian saya! Jangan lupa komen di bawah ye ;p

Selamat Maju Jaya ;)




Kemahiran Memulakan Pengajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cuba kalian teka kali ini kita nak bincang mengenai apa? Saya beri 3 saat untuk berfikir. (Wait time 1, 2, 3) Alaaa senang sangat soalan kan? Tengok tajuk pun dah tahu, mestilah mengenai kemahiran memulakan pengajaran. Apa yang memanggil saya untuk membicarakan soal ini adalah selepas melihat video pengajaran yang dibentang sabtu baru-baru ini. 'Kemahiran Memulakan Pengajaran'. Emm dengar macam mudah, tapi tahukah kita bagaimana untuk memulakan pengajaran? Baru saya tahu bahawa nak mulakan kelas pun kena ada kemahiran jugak. Ingatkan masuk kelas, bagi salam, baca doa, tanya khabar dah dikira cukup sebagai mukadimah pengajaran. Rupanya ada banyak lagi. Bagi yang dah tahu, jom kita revise kembali dan bagi sesiapa yang baru nak belajar macam saya ni, meh kita hadam sama-sama ya..



Kemahiran memulakan pengajaran ataupun set induksi adalah merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat hendak disampaikan (Mok Sang Sang, 2001). Tujuan kita berlajar kemahiran memulakan pengajaran ini adalah untuk menarik perhatian pelajar serta memperkenalkan objektif pembelajaran. Kebiasaannya, pelajar tidak begitu bersemangat hendak memulakan sesuatu pembelajaran. Ke student kalian memang sentiasa bersemangat? Bagus la kalau sentiasa bersemangat ;) Ini penting kemahiran ini untuk guru menarik perhatian mereka supaya mereka tidak terawang- awang berada di alam sendiri walaupun guru berada di hadapan. Guru boleh menarik minta pelajar dengan menggunakan suara, pergerakan, isyarat, alat pandang dengar dan sebagainya. Mengikut kreativiti masing masing ye cikgu? ;D

Terdapat beberapa komponen kemahiran memulakan pengajaran. Antaranya;

  1. Menarik perhatian (suara, pergerakan, alat pandang dengar)
  2. Menimbulkan motivasi (hubungan baik antara guru dengan pelajar, ransang sifat ingin tahu)
  3. Menstruktur P&P (cungkil idea, buat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P)
  4. Membuat perkaitan (banding beza, pengetahuan sedia ada, pengalaman berkaitan pelajar)


Dan dia atas saya ada sebut berkaitan mencungkil idea pelajar. Tahukah anda bagaimana ingin mencungkil idea pelajar? Ia boleh dilakukan dengan memberi masa 2-3 minit untuk pelajar berbincang di dalam kumpulan. Guru boleh membuat demonstrasi dan sertakan persoalan selepas itu. Kemudian diikuti dengan soal jawab keseluruhan kelas dan kuiz pendek. Kaedah ini disebut Ramal-Perhati-Terang atau dikenal POE (Predict-Observe-Explain). Pada ketikan itu, guru boleh mengnalpasti miskonsepsi yang ada para pelajar. Dan selalunya masa bagi memulakan pengajaran adalah dalam 6-7 minit sahaja.

Harapan saya, semoga saya dapat mengaplikasikan semua kemahiran semasa mengajar nanti. Oh yaa bagi sesiapa yang belum menonton video pengajaran saya boleh klik pada link ini video inovatif

Setakat ini sahaja perkongsian saya! Semoga bermanfaat ;)

Selamat Maju Jaya!




Monday, 30 May 2016

Kali Pertama Bersama Prezi

Assalamualaikum , salam sejahtera..




Baru-baru ini, saya selesai membentangkan kajian tindakan saya yang dijalankan di SMK Bidor. Tajuk kajian tindakan saya ialah 'Keberkesanan Penggunaan Perisian Tracker Terhadap Pemahaman Pelajar Dalam Topik Gerakan Jatuh Bebas'. Apabila Dr Nurul maklumkan bahawa ada seminggu lagi untuk pembentangan laporan kajian tindakan mini, saya mula berfikir. Apakah kelainan yang perlu saya lakukan kali ini? Al maklumlah, ini kan kelas teknologi dan inovasi. Why not kalau saya cuba menggunakan Web 2.0 tools yang masyaAllah banyak gile dekat internet tu.  Dah la banyak, lepas tu percuma lagi. Nikmat apa lagi yang hendak kau dustakan wahai nur azimah.. At last saya decide untuk menggunakan Prezi instead gunakan Microsoft Powerpoint. Sejujurnya, dah banyak kali saya berniat nak menggunakan Prezi dalam mana-mana pembentangan. Tetapi, setiap kali saya nak guna je.. mesti ada seseorang yang cakap "susah la azie, leceh tau kalau pakai Prezi. Better pakai ppt je". Kemudian , saya yang lemah lagi mudah terpengaruh ni pun terus down dan taknak guna Prezi lagi.  hehe, dahhh panjang pula mukaddimahnye.



Bagi kalian yang belum tahu apa itu prezi, meh saya ceritakan.  Prezi ini sama sahaja seperti powerpoint TETAPI ianya mempunyai ciri-ciri tambahan yang lebih menarik. Konsep Prezi adalah membina atas 'canvas' dan ini memudahkan penggunaan kombinasi teks, imej dan multimedia. Dan satu lagi, setiap item yang kita nak letakkan dalam Prezi ni mudah diubah dan kita boleh susun ikut kehendak dan citarasa kita. Menurut Tar (2009), terdapat beberapa kelebihan Prezi antaranya ;
  • Mempunyai unsur 'wow' berbanding powerpoint
  • Susun atur 'canvas' tidak perlu menggunakan terlalu banyak teks
  • Mudah menggabung audio, imej dan video dalam satu persembahan
  • Mudah untuk digabungkan
  • Lebih dinamik
  • Pendekatan yang hebat untuk visualisasi maklumat
  • Lebih menonjol dari pesaing yang ada





Saya setuju dengan point yang dinyatakan oleh Tar. Selain itu, Prezi ada menyediakan pelbagai template sedia ada yang menarik dan kita perlu pilih mengikut kesesuaian. Saya rasa teruja pada awalnya kerana banyak sangat template yang comel dan menarik sampai saya pun sukar nak buat pilihan. So itu perbezaan yang ketara berbanding kita menggunakan powerpoint.  Cuma, satu kelemahan yang saya nampak ialah Prezi ini perlu dilakukan secara online. Kalau sebelum ini, offline pun boleh. Mungkin creator dah tukar setting dan sekarang kita perlu buat projek secara online. Jadi bagi kalian yang merancang untuk menggunakan Prezi pada pembentangan yang akan datang, jangan lupa daftar akaun Prezi kalian terlebih dahulu disini https://prezi.com/ . Once dah daftar akaun, boleh log masuk  email dan kata kunci kalian seperti di bawah ;




Bagi sesiapa yang nak tengok hasil projek saya menggunakan Prezi, boleh klik link ini https://prezi.com/rl-k79nnkzc9/action-research/ . Mungkin tak begitu sempurna, tapi itu sudah memadai untuk beginner seperti saya. Ini merupakan satu proses pembelajaran buat saya, dan saya akan teruskan menggunakan Prezi pada pembentangan yang akan datang. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga bermanfaat! 

Selamat Maju Jaya!





Sunday, 29 May 2016

Ke Arah Menjadi Seorang Guru Berinovasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Diharapkan sahabat sekalian dalam keadaan sihat hendaknya. Memandangkan sekarang sudah masuk ke minggu yang terakhir pembelajaran, maka masing-masing sedang sibuk menyiapkan tugasan. Alhamdulillah cuma tinggal 1 lagi tugasan Dr. Nurul yang perlu diselesaikan. Baiklah berbalik kepada topik saya diatas iaitu mengenai guru berinovasi. Apa yang membuatkan jari saya menari untuk menaip berkaitan topik ini adalah apabila baru-baru ini saya membaca satu artikel yang disiarkan oleh Berita Harian online yang mengatakan 'Guru Berinovasi adalah Guru yang Berkualiti'. 



Kata-kata yang menarik perhatian saya pada tajuk artikel tersebut adalah ‘guru berinovasi’ dan ‘guru berkualiti’. Dilihat dahulu satu persatu apa yang dimaksudkan dengan inovasi dan juga kualiti. Kreatif dan inovatif sering disebut bersama-sama. Namun kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.Mengikut kamus dewan edisi keempat (2007), kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli manakala inovasi bermaksud sesuatu yg baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yg baru. Dari penerangan maksud ini dapat dilihat bahawa kreatif dan inovasi adalah berbeza.

Kreatif secara ringkasnya bermaksud mencipta sesuatu yang baharu manakala inovasi memperbaiki dan mempebaharui  sesuatu yang sedia ada. Ini kerana inovasi ini berasal dari perkataan bahasa latin ‘innovare’ yang bermaksud memperbaharui atau meminda. Ini disokong oleh Fullan (2011) yang menyatakan bahawa inovasi aadalah satu bentuk perubahan di mana proses inovasi itu mengiringi perubahan yang berlaku.  Inovasi juga dapat ditakrifkan mengikut banyak bidang antaranya mengikut bidang industri dimanainovasi adalah apabila beberapa barang  digabung menjadi satu,  pengeluaran barang yang baru, modifikasi terhadap barang yang sedia ada serta kegunaan baru bagi barangan lama (Ahmad Shukri Mohd. Naim & Amran Md. Rasli, 2005).

Dengan ini apa yang dapat saya simpulkan bahawa guru yang berinovasi adalah guru yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang baru yang dapat meningkatkan hasil proses pengajaran dan pembelajarannya. Seseorang yang inovatif dalam bidang mereka mampu untuk menghasilkan idea baru dengan  jayanya ‘dibawa ke pasaran’ sebagai produk atau perkhidmatan yang baru (atau diperbaharui).



Pada pendapat peribadi saya sendiri, guru berinovasi ini boleh dicirikan kepada beberapa perkara. Antaranya ialah guru berinovasi itu mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Banyak cabaran yang ditempuhi oleh generasi muda terutamanya pada era globalisasi ini. Sudah sepatutnya guru harus mampu untuk menyediakan murid-murid agar mereka dapat mengharungi arus globalisasi pada masa kini.

Ciri kedua, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan yang lebih berkesan. Bagi saya, guru yang berinovasi ini adalah individu yang tidak  senang dengan keadaan berada di zon selesa (comfort zone). Mereka akan sentiasa untuk mencari alternatif baru dnegan cara mempelbagaikan kaedah dan aktiviti dalam bilik rajah mereka. Ini memerlukan kerajinan dan motivasi yang tinggi. Guru yang sudah lama mengajar selalunya akan menggunakan kaedah yang sama dan mereka akan berada pada zon selesa dan pada tahap ini perubahan adalah satu yang sukar untuk dilakukan sedangkan guru sebagai seorang pengamal perlu sentiasa meningkatkan amalannya atau melakukan penambahbaikan dalam pengajaran.

Hakikatnya, guru ini bersifat all-rounded di mana guru berinovatif ini guru yang sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata. Apa yang dapat saya simpulkan dari penyataan saya ini adalah guru berinovatif adalah guru yang mampu untuk berfikir satu langkah ke hadapan. Pada pandangan saya guru seumpama ini bukan sahaja mengajarkan tentang ilmu yang tersurat di dalam kurikulum semata-mata, ia mengajarkan tentang kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan. Guru seumpama ini juga sentiasa mengubah kaedah pengajarannya mengikut peredaran masa. Contohnya pada masa sekarang, teknologi adalah salah satu aspek yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan.

Semoga dengan menghadiri kelas SFP6024 ini akan menjadi titik tolak buat saya untuk terus mengorak langkah dalam berusaha menjadi seorang guru berinovatif sekaligus berkualiti dalam mendidik anak bangsa. Doakan saya ya! Saya doakan rakan-rakan sekalian juga.  Pot pet pot pet, kita sudah berada di penghujung.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.

Selamat Maju Jaya! ;D


R.U.B.R.I.K

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Apa khabar semua?  Semoga sihat sejahtera hendaknya. Pada pertemuan kali ini, kita akan berdiskusi mengenai salah satu alat yang acapkali kita dengar setiap kali ingin membuat penilaian / pemarkahan iaitu RUBRIK.

Menurut Hassan (2010),  rubrik adalah alat penialaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar pada kertas, projek, esei dan tugasan yang lain. Rubrik membolehkan kita membuat penilaian standard sesuai dengan kriteria tertentu, membuat penilaian lebih sederhana dan lebih telus. Rubrik ini merupakan usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten untuk grading. 

Oleh sebab adanya kriteria umum, rubrik membolehkan guru dan pelajar sama-sama untuk menilai kriteria, yang  rumit dan subjektif. Rubrik juga menyediakan asas untuk penilaian diri, refleksi, dan peer review. Hal ini bertujuan untuk penilaian yang tepat dan adil, mendorong pengertian dan menunjukkan cara untuk meneruskan dengan belajar seterusnya atau mengajar. Flash Pamela menyatakan bahawa "Apabila pelajar tahu tentang grading kriteria dari awal, mereka dapat lebih terlibat dalam proses kerja menuju maju." 


Menurut Gavin (2005), terdapat dua jenis rubrik iaitu rubrik holistik dan rubrik analitik. Rubrik holistik digunakan untuk menilai secara keseluruhan suatu penilaian, manakala rubrik analitik yang konstruknya lebih teliti dan spesifik digunakan untuk menilai suatu penilaian yang memerlukan penelitian ke atas bahagian-bahagian kecil atau spesifik. Mertler (2001) menerangkan rubrik holistik memerlukan guru untuk menilai hasil kerja pelajar secara keseluruhan dengan tidak menilai bahagian atau komponen kecil secara terperinci. Manakala, rubrik analitik memerlukan guru untuk membuat penilaian secara berasingan ke atas hasil kerja atau produk pelajar dan kemudian mendapatkan markah keseluruhan 

Antara fungsi rubrik adalah seperti berikut: 
  • Membantu tenaga pengajar untuk membuat penilaian dengan konsisten dan berkesan
  • Membantu pelajar mengetahui dan mengecapi ekspektasi pengajarnya
  • Membekalkan maklum balas kepada pelajar
Manakala, Andrade (1997) juga menjelaskan bahawa terdapat banyak kebaikan menggunakan rubrik dalam melakukan penilaian ke atas hasil pelajar. Rubrik berupaya:

  • Mempertingkat pencapaian pelajar. 
  • Memantau perkembangan pembelajaran pelajar di samping mencapai ekspektasi gurunya. 
  • Menyedarkan pelajar akan tahap penguasaannya ke atas hasil kerja sendiri. 
  • Memupuk semangat berdikari dan bertanggungjawab dalam kalangan pelajar ke atas pembelajaran.
  • Meminimumkan tempoh masa guru dalam menilai hasil kerja pelajar. 
  • Membekalkan maklum balas tentang kekuatan dan bahagian yang perlu penambahbaikan hasil kerja pelajar. 
  • Membolehkan guru dan pelajar menggunakannya kerana ia adalah mudah diguna dan diterangkan.
Pada pendapat saya, rubrik ini membantu pelajar memahami bagaimana tugas tersebut berkaitan dengan isi kursus, sebuah shared-rubrik dapat meningkatkan prestasi pelajar di dalam kelas. Selain itu, rubrik mengurangkan jumlah masa yang dihabiskan guru semasa penilaian tugasan. Rubrik umumnya dianggap dapat mempromosikan penilaian lebih konsisten dan mengembangkan lagi kemahiran penilaian diri pada pelajar apabila mereka memantau prestasi mereka secara relatif terhadap rubrik.

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga bermanfaat.

Selamat Maju Jaya! ;D

Flipped Classroom??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Bertemu lagi pada entry kali ini. Amboi sejak menjak ni rajin betul update blog ye? Al maklumlah dah hujung semester ni  *mohon kalian faham kenapa. Ok lah berbalik kepada tujuan asal.. Pada entry kali ini, kita akan berbincang berkenaan flipped classroom. Kalau kalian ingat lagi, Dr. nurul pernah mention pasal flipped classroom masa dalam class hari tu kan? Seriously, itu adalah kali pertama saya dengar perkataan itu. So, apa salahnya kalau kali ini saya kupaskan serba sedikit mengenai flipped classroom.



Pembelajaran abad ke 21 yang sentiasa berkembang menggalakkan kita sebagai guru untuk mempelbagaikan lagi strategi pembelajaran. Antara yang popular adalah Flipped Classroom. Kaedah ini dikesan mula aktif dipraktikkan seawal tahun 20017 oleh guru Kimia di Woodland Park High School dan sejak itu flipped classroom semakin mendapat tempat dalam kalangan pendidikan dengan wujudnya Khan Academy. Pernah dengar kan Khan Academy? Kalau siapa yang tak tahu, boleh klik link ni  https://www.khanacademy.org/

Apa yang saya faham, Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka, waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk ke kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Wahhh, mudah kan?

Berdasarkan rujukan saya di laman web sumber , tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, ia dikira sebagai Flipped Classroom. Dalam sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan perbincangan secara outline dan menjalankan kajian di rumah. Itu pun masih dikira sebagai Flipped Classroom ye cikgu-cikgu sekalian. Baiklah,  mesti semua nak tahu kan apa kelebihan strategi ni kan? Jom tengok di bawah.

Antara kelebihan Flipped Classroom antaranya ;
  • Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan
  • Menggalakan 'independent learning'
  • Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu
  • Pembelajaran lebih berpusat dan tidak hanya mengajar
Dan.. ini merupakan contoh perbezaan bagi sesi pembelajaran kelas tradisional dan flipped classroom ;




Setakat ini saya belum pernah berpengalaman menggunakan strategi pembelajaran Flipped Classroom. Sebagai seorang guru, kita boleh mengaplikasi strategi ini bersama para pelajar kelak. Semoga ia bermanfaat.

Jumpa lagi pada entry akan datang! 

Selamat Maju Jaya! :D





Aras Pembelajaran Inkuiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Alhamdulillah, kali ini saya akan sambung entry yang lepas iaitu berkenaan aras inkuiri. Semestinya kebanyakan rakan-rakan semua sudah tahu berkenaan aras inkuiri. Cuma disini saya ingin berkongsi tentang apa yang saya faham berkaitan aras inkuiri.

Aras Inkuiri terbahagi kepada 4 iaitu ;
  • Inkuiri pengesahan
  • Inkuiri berstruktur
  • Inkuiri terbimbing
  • Inkuri terbuka


Inkuiri pengesahan dijalankan apabila guru memberikan soalan dan prosedur untuk penyiasatan dan hasil yang perlu dicapai sudah diketahui. Bagi saya ia sesuai digunakan bagi mengukuhkan idea atau konsep yang telah dipelajari disamping memberi pengalaman kepada pelajar melakukan eksperimen. Inkuiri pengesahan ini sebagai latihan untuk memperolehi kemahiran inkuiri tertentu seperti merekod atau menganalisis data. Pelajar akan mengikut arahan dan prosedur eksperimen yang disediakan oleh guru. Walaupun ia merupakan penyiasatan inkuiri bertahap rendah, tetapi ia dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran secara beransur ke tahap inkuiri terbuka. Maka, saya sarankan kepada guru yang belum pernah berpengalaman menjalankan penyiasatan inkuiri bersama pelajar menggunakan inkuiri pengesahan terlebih dahulu sebelum melaksanakan penyiasatan inkuiri tahap tinggi.

Inkuiri berstuktur dijalankan apabila guru memberikan pelajar soalan dan prosedur untuk dijalankan penyiasatan. Akan tetapi, pelajar perlu melaporkan serta menjelaskan hasil dapatan mereka.

Inkuiri terbimbing pula berlaku apabila guru cuma memberikan pelajar soalan untuk penyiasatan. Pelajar perlu merancang penyiasatan, melaksanakan dan melaporkan serta menjelaskan hasil dapatan mereka. Bagi saya inkuiri terbimbing ini berkesan apabila pelajar diberi pelbagai peluang untuk untuk belajar dan mencuba kaedah-kaedah yang berbeza untuk menjalankan dan merekodkan data. Menurut Banich & Bell (1998),  pelajar masih memerlukan bimbingan guru untuk memastikan bahawa penyiasatan mereka bermakna.

Bagi saya sendiri yang pernah menjalankan penyiasatan inkuiri berstruktur bersama pelajar, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti. Antaranya kelemahan saya sebagai pengamal di mana saya tidak bertindak sebagai fasilitator yang betul-betul baik dalam memastikan pelajar berada on the track dan dapat mengikuti sesi pembelajaran pada hari tersebut. Saya perlu menambahkan ilmu dalam meningkatkan skill saya sebagai fasilitator di dalam kelas dengan menghadiri bengkel atau melalui pembacaan. Saya harapkan ini merupakan satu titik permulaan buat saya bagi menjalankan penyiasatan inkuiri pada tahap yang lebih tinggi. InshaaAllah ;)

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Terima kasih.

Selamat Maju Jaya!



Saturday, 28 May 2016

Apakah Itu Inkuiri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..




Bertemu lagi pada entry kali ini.. Tengok pada tajuk pun mesti kalian dah dapat agak kan, apa yang kita nak bincangkan kali ni? Yaa satu perkataan yang seringkali kita dengar iaitu INKUIRI. Pada pembentangan baru-baru saya lihat kebanyakan rakan-rakan menggunakan kaedah inkuri dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka bersama para pelajar. Tetapi adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan INKUIRI? 

Inkuri berasal daripada bahasa inggeris iaitu inquiry, bererti sebagai proses bertanya dan mencari tahu jawapan terhadap pertanyaan ilmiah yang diajukannya. Pertanyaan ilmiah adalah pertanyaan yang dapat mengarahkan pada aktiviti penyelidikan terhadap subjek pertanyaan. Dengan kata lain, inkuiri adalah satu proses bagi memperoleh dan mendapatkan informasi dengan melakukan pemerhatian atau eksperimen untuk mencari jawapan atau menyelesaikan masalah terhadap pertanyaan atau rumusan masalah dengan menggunakan kemampuan berfikir secara kritis dan logik.

 Trowbridge & Bybee (1986) menyatakan " Inquiry is the process of defining and investigating problems, formulating hypotesis, deigning experiments, gathering data and drawing conclusion about problems". Menurut mereka, inkuiri adalah proses mendefinisikan dan menyelidiki masalah-masalah tersebut. Inkuiri adalah kaedah bagi menyedari apa yang telah dialami kerana ia menuntut para pelajar untuk selalu berfikir. Meskipun kaedah ini berpusatkan pelajar, namun guru tetap memainkan peranan penting. Guru bertindak sebagai fasilitator bagi membimbing pelajar sepanjang proses pembelajaran berlaku. Kadangkala guru perlu membimbing perbincangan. memberikan instruction, melontarkan pertanyaan, memberikan komen dan saranan kepada pelajar. Menurut Douglas Liewellyn, inkuri merupakan kegiatan pembelajaran dimana pelajar melibatkan diri dalam proses penyelidikan, merumuskan persoakan dan menyelesaikan masalah. Kaedah seperti ini bagi mengasah keterampilan mereka agar hasil pembelajaran pelajar menjadi lebih baik. 

 Bagi saya sendiri, melalui inkuri pelajar dituntut untuk menjadi lebih aktif secara fizikal mahupun mental untuk dapat mengalami pembelajaran yang bermakna yang pada hakikatnya merupakan peningkatan tahap pemahaman mereka terhadap subjek pembelajaran. Dengan aktifnya pelajar, diharapkan dapat meningkatkan rasa ingin tahu sekaligus meningkatkan pemahaman dan nilai nilai pendidikan yang tercermin dalam pembelajaran inkuiri akan mampu membentuk peribadi pelajar yang memiliki kepekaan sosial.Setakat ini sahaja perkongsian saya. Mungkin pada entry yang akan datang, saya akan berkongsi lebih mendalam berkenaan inkuiri. Nantikan ya! ;)

Selamat Maju Jaya!

Apa yang and faham tentang refleksi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru baru ini selepas pembentangan kajian tindakan, saya diminta membuat refleksi. Sebelum saya menulis lebih panjang lebar, apakah yang dimaksudkan dengan refleksi?  Satu persoalan yang sukar dijawab oleh  saya , malah ada juga pensyarah tidak dapat memberikan penerangan yang jelas bagaimana membuat refleksi. Bila nak buat refleksi? Satu lagi persoalan yang selalu ditanya. Refleksi dibuat selepas sesuatu pengajaran berlaku . Adakah cara ini sesuai untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan?






Ramai yang berpendapat bahawa refleksi itu ialah satu proses untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku,menyatakan perasaan sendiri terhadap peristiwa tersebut, dan akhirnya memberi pendapat apa yang perlu dilakukan. Betul juga pendapat ini, tetapi ianya terlalu spesifik kepada perasaan yang bersifat emosi dan tidak banyak boleh dipelajari untuk berubah jika sekiranya kita tidak berusaha mengenal diri sendiri.

Kemahiran refleksi memerlukan seseorang itu memerhati secara terperinci apa yang berlaku sekelilingnya, dan menilai sama ada peristiwa tersebut berlaku disebabkan oleh tindakannya, perasaannya, alam sekitar, atau ada hubungan dengan orang lain. Seterusnya dia perlu menilai berdasarkan satu standard nilai (agama, etika, nilai masyarakat, panduan pengajaran, prosedur dan sebagainya) adakah sesuatu peristiwa yang berlaku itu adalah berdasarkan nilai yang baik, atau berlaku seperti yang sepatutnya. Dia perlu membuat analisis kenapa peristiwa itu berlaku dan adakah dia telah memberi reaksi yang sepatutnya ke atas peristiwa berkenaan. Setelah itu, dia perlu memikirkan bagaimana cara yang lebih sesuai untuk memberi reaksi ke atas peristiwa berkenaan berdasarkan nilai-nilai yang sepatutnya.

Setakat ini, refleksi yang berlaku hanya menilai peristiwa yang telah berlaku. Seterusnya, dia perlu merancang apa yang sepatutnya dibuat pada masa sekarang dan akan datang untuk memperbaiki keadaan, atau tindakan pada masa depan. Apa yang hendak dilaksanakan itu mesti sesuatu yang bertujuan untuk berubah kepada keadaan yang LEBIH BAIK. Dia juga perlu memikirkan bagaimana nak respon sekiranya peristiwa yang sama berlaku pada masa hadapan supaya dia dapat memberikan yang terbaik untuk menjaga hubungannya dengan Allah, hubungan dengan orang lain, hubungan dengan alam, dan juga untuk kebaikan diri sendiri.


Sekian terima kasih.

Selamat Maju Jaya!

Teknik Soal Jawab. Susah ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..





Saya percaya, semua guru mempunyai teknik penyoalan tersendiri ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masing-masing. Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Sepanjang pengalaman menjadi seorang guru, itu satu kelemahan buat saya sendiri. Kerana sebagai seorang guru, saya perlu mempelajari teknik bagaimana ingin membuat soal jawab bersama pelajar. Melalui soal jawab, seorang guru boleh mengesan pengetahuan berbahasa pelajar, boleh menggalakkan pelajar berfikir lebih kreatif, inovatif, logik dan juga kritis disamping mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. 

Berdasarkan tips yang diberikan oleh Dr Nurul, ada kajian mengatakan bahawa seorang guru perlu memberikan masa sekurangnya 3-5 saat untuk pelajar memberikan jawapan. Ini adalah bagi memastikan jawapan yang diberikan oleh mereka adalah berkualiti dan tidak sekadar melepaskan batuk ditangga. Kesalahan yang saya kerap lakukan adalah saya minta pelajar menjawab soalan yang diajukan secara on the spot. Tanpa minta mereka berfikir terlebih dahulu. Seterusnya, guru perlu memilih salah seorang pelajar untuk bangun dan memberikan jawapannya. Oleh sebab itu, guru perlu ingat nama - nama pelajar dan mengenali mereka. Kemudian diikuti dengan teknik yang seterusnya. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya jawapan yang diberikan oleh mereka betul?  Dan apakah tindakan kita sekiranya jawapan diberikan adalah salah? haaaa sebab itulah pentingnya kita belajar teknik penyoalan. 


Bagi saya, semasa pelajar menjawab persoalan kita boleh mengenalpasti sama ada terdapat miskonsepsi dalam kalangan pelajar tersebut. Di samping itu, boleh membuatkan pelajar itu lebih berfikir semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap dapat meningkatkan lagi skill penyoalan saya pada masa akan datang dengan menghadiri bengkel ataupun melalui pembacaan.

Sekian, terima kasih.

Selamat Maju Jaya!

Tuesday, 3 May 2016

Apakah itu konstruktivisme?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada entry kali ini, saya akan bincang mengenai konstruktivisme. Antara perkara yang Dr. Nurul sering nyatakan di dalam kelas. Apakah yang anda faham mengenai konstruktivisme?



Konstruktivisme adalah suatu proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda seseorang murid. Konstruktivisme juga merupakan satu kepercayaan  bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid.

Ilmu pengetahuan sebenarnya tidaklah boleh dipindahkan daripada guru kepada murid seperti memindahkan barang dari satu bekas kebekas yang lain. Seseorang murid itu perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran berlaku daripada hasil usaha murid itu sendiri dan tidak mungkin berlaku dimana seseorang guru itu boleh belajar untuk muridnya. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran tetapi realiti yang diketahui oleh murid adalah realiti yang dia bina sendiri. 

Pada pendapat saya, sesungguhnya murid telah pun mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Dalam proses membantu murid membina atau menerima sesuatu idea atau konsep baru, guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka atau apa yang dikatakan sebagai pengetahuan sedia ada murid. Apabila maklumat baru telah dapat disesuaikan dan diterima untuk dijadikan pegangan kuat mereka, barulah suatu kerangka baru tentang sesuatu Iimu Pengetahuan itu dapat dibina. Proses inilah yang dinamakan sebagai Konstruktivisme.

Apakah peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Pendekatan Konstruktivisme?

Dari perspektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme peranan guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kebolehan murid meniru dengan tepat apa yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada kebolehan murid membina konsep berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembinaan idea atau konsep daripada pengalaman murid. Perubahan juga dapat dilihat daripada pengajaran secara deduktif kepada pengajaran secara induktif. Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme mementingkan guru dan murid memainkan peranan yang saling bersandar diantara satu sama lain.

Setakat ini sahaja perkongsian saya bersama kalian.

Selamat Maju Jaya ;)


Pembelajaran Kooperatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera ;)

STRATEGI KOPERATIF DAN KOLABORATIF

Secara umum, strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur.

Pembelajaran Koperatif (PK)


Banyak pendekatan pembelajaran koperatif diperkenalkan oleh beberapa tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson & Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis dan Slavin. Modul ini memilih pembelajaran koperatif yang diperkenalkan oleh  Kagan (1988) untuk digunakan sebagai pendekatan utama. Walau bagaimana pun, pendekatan-pendekatan oleh tokoh-tokoh yang lain juga boleh diperkenalkan. Untuk tujuan kursus, modul ini melaksanakan cadangan pendekatan pelaksanaan strategi pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah  di bawah.





Rajah 1 : Cadangan Pelaksanaan Kursus Pembelajaran Koperatif (PK)

           

Definisi dan konsep


Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang  ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.

Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif  yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah.
 

Struktur pembelajaran  +  Isi kandungan  =  Aktiviti.


Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh struktur (dengan nama-nama yang tertentu)   yang dapat  disesuaikan dengan isi kandungan.

Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu – team building (kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi.

Setakat ini sahaja perkongsian saya!

Selamat Maju Jaya ;)