Alhamdulillah, semalam 2 Mei 2016 saya berkesempatan menjalankan pengajaran inovatif saya di SMK Bidor, Perak. Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Nur Syidah kerana memberi kesempatan buat saya untuk bersama-sama pelajar tingakatan 5 Wira. Pelajar di dalam kelas tersebut terdiri daripada 12 orang pelajar.
Saya memulakan pengajaran pada jam 10 pagi di mana saya fokuskan pengajaran kepada meningkatkan kefahaman pelajar dan gerakan jatuh bebas dengan menggunakan perisian Tracker. Pelajar-pelajar tersebut sangat teruja menggunakan perisian ini kerana ia merupakan sesuatu yang baru buat mereka. Pelajar-pelajar kelas 5 Wira memberikan kerjasama yang sangat baik. Tahniah buat kalian ;)
Terima kasih kalian dan cikgu doakan semoga semua berjaya dalam SPM tahun ini. Ingat pesan cikgu ye! ;)
Jumpa lagi pada entry akan datang
Selamat Maju Jaya!
No comments:
Post a Comment