Mulakan dengan basmallah

Mulakan dengan basmallah

Tuesday, 3 May 2016

Video oh Video

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baiklah setelah selesai pengajaran inovatif, sekarang saya kena fikirkan bagaimana ingin menjalankan proses suntingan video-video yang telah dirakam semalam. Oleh kerana Dr Nurul memberi tugasan kepada kami untuk menyediakan sebuah video selama 7 minit maka saya perlu menggabungkan setiap video yang telah dirakam.

Setiap video terdiri daripada pengenalan, induksi, aktiviti pelajar menggunakan Tracker, dan refleksi. Saya bercadang untuk menggunakan perisian Corel Video Studio Pro-X7 kerana perisian ini boleh membantu saya dalam membuat suntingan video contohnya menggabungkan video, memasukkan teks, memasukkan muzik, meningkatkan volume audio dalam video dan pelbagai lagi.



Malam ini saya akan mulakan proses suntingan video kerana lagi beberapa minggu lagi saya perlu membuat pembentangan video pengajaran inovatif ini. Mudah mudahan Allah permudahkan urusan saya dan kawan-kawan. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya

Selamat Maju Jaya!

3 comments:

  1. Suntingan video ni sangat menarik tetapi mengambil masa yang agak lama ke ?

    ReplyDelete
  2. Suntingan ini tidak mengambil masa yang lama sekiranya tidak terdapat masalah teknikal. Oleh kerana itu, kita perlu menyediakan story board terlebih dahulu bagi memastikan proses suntingan berjalan lancar. Di sampin itu, kita perlu mempunyai kemahiran menggunakan perisian yang dipilih untuk proses suntingan video.

    ReplyDelete
  3. Saya teringin belajar cara menambahkan subtitle, sebab bila merakam suara budak-budak tak terdengar. Kesian pendengar video saya kan.... huhu

    ReplyDelete