Mulakan dengan basmallah

Mulakan dengan basmallah

Sunday, 29 May 2016

Aras Pembelajaran Inkuiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Alhamdulillah, kali ini saya akan sambung entry yang lepas iaitu berkenaan aras inkuiri. Semestinya kebanyakan rakan-rakan semua sudah tahu berkenaan aras inkuiri. Cuma disini saya ingin berkongsi tentang apa yang saya faham berkaitan aras inkuiri.

Aras Inkuiri terbahagi kepada 4 iaitu ;
  • Inkuiri pengesahan
  • Inkuiri berstruktur
  • Inkuiri terbimbing
  • Inkuri terbuka


Inkuiri pengesahan dijalankan apabila guru memberikan soalan dan prosedur untuk penyiasatan dan hasil yang perlu dicapai sudah diketahui. Bagi saya ia sesuai digunakan bagi mengukuhkan idea atau konsep yang telah dipelajari disamping memberi pengalaman kepada pelajar melakukan eksperimen. Inkuiri pengesahan ini sebagai latihan untuk memperolehi kemahiran inkuiri tertentu seperti merekod atau menganalisis data. Pelajar akan mengikut arahan dan prosedur eksperimen yang disediakan oleh guru. Walaupun ia merupakan penyiasatan inkuiri bertahap rendah, tetapi ia dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran secara beransur ke tahap inkuiri terbuka. Maka, saya sarankan kepada guru yang belum pernah berpengalaman menjalankan penyiasatan inkuiri bersama pelajar menggunakan inkuiri pengesahan terlebih dahulu sebelum melaksanakan penyiasatan inkuiri tahap tinggi.

Inkuiri berstuktur dijalankan apabila guru memberikan pelajar soalan dan prosedur untuk dijalankan penyiasatan. Akan tetapi, pelajar perlu melaporkan serta menjelaskan hasil dapatan mereka.

Inkuiri terbimbing pula berlaku apabila guru cuma memberikan pelajar soalan untuk penyiasatan. Pelajar perlu merancang penyiasatan, melaksanakan dan melaporkan serta menjelaskan hasil dapatan mereka. Bagi saya inkuiri terbimbing ini berkesan apabila pelajar diberi pelbagai peluang untuk untuk belajar dan mencuba kaedah-kaedah yang berbeza untuk menjalankan dan merekodkan data. Menurut Banich & Bell (1998),  pelajar masih memerlukan bimbingan guru untuk memastikan bahawa penyiasatan mereka bermakna.

Bagi saya sendiri yang pernah menjalankan penyiasatan inkuiri berstruktur bersama pelajar, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti. Antaranya kelemahan saya sebagai pengamal di mana saya tidak bertindak sebagai fasilitator yang betul-betul baik dalam memastikan pelajar berada on the track dan dapat mengikuti sesi pembelajaran pada hari tersebut. Saya perlu menambahkan ilmu dalam meningkatkan skill saya sebagai fasilitator di dalam kelas dengan menghadiri bengkel atau melalui pembacaan. Saya harapkan ini merupakan satu titik permulaan buat saya bagi menjalankan penyiasatan inkuiri pada tahap yang lebih tinggi. InshaaAllah ;)

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Terima kasih.

Selamat Maju Jaya!



No comments:

Post a Comment