Mulakan dengan basmallah

Mulakan dengan basmallah

Tuesday, 3 May 2016

Mini Action Research

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Apa khabar semua? Pada entry kali ini saya nak bercerita mengenai pembentangan saya pada minggu lepas. Untuk pengetahuan semua, pada minggu lepas iaitu minggu yang ke-10, Dr Nurul memberi tugasan kepada kami untuk membuat pembentangan untuk perancangan kajian tindakan masing-masing.

Maka, saya menjadi pembentang yang ke-3. Pada hari itu, saya memperkenalkan Web 2.0 tools yang saya pilih iaitu perisian Tracker. Perisian Tracker ini boleh dimuat turun secara percuma di laman web http://www.opensourcephysics.org/


Kelebihan tool yang saya pilih ini adalah ia boleh memaparkan graf gerakan dengan kita hanya merakam video pergerakan sahaja. So, lebih memudahkan dan menjimatkan masa di mana pelajar tidak perlu melukis graf dan sesetengah eksperimen gerakan yang sebelum ini hanya diukur dengan menggunakan pita detik boleh ditukar dengan hanya menggunakan perisian Tracker. Tetapi, di sebalik kelebihan pasti ada kekurangan. Antara kekurangan yang saya dapat lihat ialah Tracker ini terlalu teknikal. Dimana pelajar perlu mempunyai skill menggunakan perisian ini terlebih dahulu. Jadi, kalian jangan risau kalau rasa susah nak gunakan Tracker kerana saya dah siapkan satu set video tutorial cara penggunaan Tracker. Kalian boleh lawat laman web http://phykir.upsi.edu.my/index.php/en/




Baiklah setakat ini sahaja perkongsian saya. See you for the next entry!

Selamat Maju Jaya ;)



No comments:

Post a Comment