Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ini saya ingin tulis berkaitan gabungan ICT dan P&P. Kenapa saya katakan begini? Kalau tengok pada nama kursus kita pun "Inovasi dan Teknologi dalam P&P". Pada abad ke 21 ini, gabungan ICT dan P&P ini sudah kelihatan sebati antara satu sama lain. Sekolah tidak ada pilihan melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru perlu cepat menguasai ilmu dan keterampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggabungan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terbabit dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula daripada persediaan sebelum mengajar, semasa dan penilaian selepas P&P. Maka, sekiranya seorang guru gagal dalam membuat perancangan yang teliti ia akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan. Sedih kan?
Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabung bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah dalam aktiviti P&P. Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P.
Tetapi bagi saya, penguasaan ICT dalam kalangan guru sudah tidak menjadi masalah kerana dengan adanya bantuan internet, ia akan memudahkan lagi guru untuk mempelajari segala teknologi dan kemudahan yang ada. Bak kata pepatah, 'di mana ada kemahuan di situ ada jalan' . ;D
Setakat ini sahaja perkongsian saya! Jangan lupa komen di bawah ye ;p
Selamat Maju Jaya ;)
No comments:
Post a Comment