Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada entry kali ini, saya akan bincang mengenai konstruktivisme. Antara perkara yang Dr. Nurul sering nyatakan di dalam kelas. Apakah yang anda faham mengenai konstruktivisme?
Konstruktivisme adalah suatu proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda seseorang murid. Konstruktivisme juga merupakan satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid.
Ilmu pengetahuan sebenarnya tidaklah boleh dipindahkan daripada guru kepada murid seperti memindahkan barang dari satu bekas kebekas yang lain. Seseorang murid itu perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran berlaku daripada hasil usaha murid itu sendiri dan tidak mungkin berlaku dimana seseorang guru itu boleh belajar untuk muridnya. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran tetapi realiti yang diketahui oleh murid adalah realiti yang dia bina sendiri.
Pada pendapat saya, sesungguhnya murid telah pun mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Dalam proses membantu murid membina atau menerima sesuatu idea atau konsep baru, guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka atau apa yang dikatakan sebagai pengetahuan sedia ada murid. Apabila maklumat baru telah dapat disesuaikan dan diterima untuk dijadikan pegangan kuat mereka, barulah suatu kerangka baru tentang sesuatu Iimu Pengetahuan itu dapat dibina. Proses inilah yang dinamakan sebagai Konstruktivisme.
Apakah peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Pendekatan Konstruktivisme?
Dari perspektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme peranan guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kebolehan murid meniru dengan tepat apa yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada kebolehan murid membina konsep berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembinaan idea atau konsep daripada pengalaman murid. Perubahan juga dapat dilihat daripada pengajaran secara deduktif kepada pengajaran secara induktif. Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme mementingkan guru dan murid memainkan peranan yang saling bersandar diantara satu sama lain.
Setakat ini sahaja perkongsian saya bersama kalian.
wiwit da ade bunga-bunga konstruktivisme dalam BG blog ye cik azie...tahniah
ReplyDeleteterima kasih cikgu syidah.. yang penting isi yang hendak disampaikan itu ;) setiap guru perlu tahu lebih jelas mengenai teoria konstruktivisme ini.
ReplyDelete