Baru-baru ini, saya selesai membentangkan kajian tindakan saya yang dijalankan di SMK Bidor. Tajuk kajian tindakan saya ialah 'Keberkesanan Penggunaan Perisian Tracker Terhadap Pemahaman Pelajar Dalam Topik Gerakan Jatuh Bebas'. Apabila Dr Nurul maklumkan bahawa ada seminggu lagi untuk pembentangan laporan kajian tindakan mini, saya mula berfikir. Apakah kelainan yang perlu saya lakukan kali ini? Al maklumlah, ini kan kelas teknologi dan inovasi. Why not kalau saya cuba menggunakan Web 2.0 tools yang masyaAllah banyak gile dekat internet tu. Dah la banyak, lepas tu percuma lagi. Nikmat apa lagi yang hendak kau dustakan wahai nur azimah.. At last saya decide untuk menggunakan Prezi instead gunakan Microsoft Powerpoint. Sejujurnya, dah banyak kali saya berniat nak menggunakan Prezi dalam mana-mana pembentangan. Tetapi, setiap kali saya nak guna je.. mesti ada seseorang yang cakap "susah la azie, leceh tau kalau pakai Prezi. Better pakai ppt je". Kemudian , saya yang lemah lagi mudah terpengaruh ni pun terus down dan taknak guna Prezi lagi. hehe, dahhh panjang pula mukaddimahnye.
Bagi kalian yang belum tahu apa itu prezi, meh saya ceritakan. Prezi ini sama sahaja seperti powerpoint TETAPI ianya mempunyai ciri-ciri tambahan yang lebih menarik. Konsep Prezi adalah membina atas 'canvas' dan ini memudahkan penggunaan kombinasi teks, imej dan multimedia. Dan satu lagi, setiap item yang kita nak letakkan dalam Prezi ni mudah diubah dan kita boleh susun ikut kehendak dan citarasa kita. Menurut Tar (2009), terdapat beberapa kelebihan Prezi antaranya ;
- Mempunyai unsur 'wow' berbanding powerpoint
- Susun atur 'canvas' tidak perlu menggunakan terlalu banyak teks
- Mudah menggabung audio, imej dan video dalam satu persembahan
- Mudah untuk digabungkan
- Lebih dinamik
- Pendekatan yang hebat untuk visualisasi maklumat
- Lebih menonjol dari pesaing yang ada
Saya setuju dengan point yang dinyatakan oleh Tar. Selain itu, Prezi ada menyediakan pelbagai template sedia ada yang menarik dan kita perlu pilih mengikut kesesuaian. Saya rasa teruja pada awalnya kerana banyak sangat template yang comel dan menarik sampai saya pun sukar nak buat pilihan. So itu perbezaan yang ketara berbanding kita menggunakan powerpoint. Cuma, satu kelemahan yang saya nampak ialah Prezi ini perlu dilakukan secara online. Kalau sebelum ini, offline pun boleh. Mungkin creator dah tukar setting dan sekarang kita perlu buat projek secara online. Jadi bagi kalian yang merancang untuk menggunakan Prezi pada pembentangan yang akan datang, jangan lupa daftar akaun Prezi kalian terlebih dahulu disini https://prezi.com/ . Once dah daftar akaun, boleh log masuk email dan kata kunci kalian seperti di bawah ;
Bagi sesiapa yang nak tengok hasil projek saya menggunakan Prezi, boleh klik link ini https://prezi.com/rl-k79nnkzc9/action-research/ . Mungkin tak begitu sempurna, tapi itu sudah memadai untuk beginner seperti saya. Ini merupakan satu proses pembelajaran buat saya, dan saya akan teruskan menggunakan Prezi pada pembentangan yang akan datang.
Setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga bermanfaat!
Selamat Maju Jaya!
Saya sudah lihat, kamu membuatnya sangat menarik. Saya akan mengamalkannya kemudian hari. :)
ReplyDeleteyaa isni. prezi ini sangat mudah dan menarik untuk perbentangan. good luck isni! 😍
ReplyDelete