Assalamualaikum dan salam sejahtera ;)
STRATEGI KOPERATIF DAN KOLABORATIF
Secara umum, strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur.
Pembelajaran Koperatif (PK)
Banyak pendekatan pembelajaran koperatif diperkenalkan oleh beberapa tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson & Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis dan Slavin. Modul ini memilih pembelajaran koperatif yang diperkenalkan oleh Kagan (1988) untuk digunakan sebagai pendekatan utama. Walau bagaimana pun, pendekatan-pendekatan oleh tokoh-tokoh yang lain juga boleh diperkenalkan. Untuk tujuan kursus, modul ini melaksanakan cadangan pendekatan pelaksanaan strategi pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
Rajah 1 : Cadangan Pelaksanaan Kursus Pembelajaran Koperatif (PK)
Definisi dan konsep
Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.
Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah.

Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti.
Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi kandungan.
Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu – team building (kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi.
Setakat ini sahaja perkongsian saya!
Selamat Maju Jaya ;)
Pernahkah mengamalkan teknik pembelajaran yang sebegini? bagaimanakah kesannya?
ReplyDeleteSaya belum pernah menjalankan pembelajaran ini bersama pelajar. Mungkin boleh dilaksanakan pada masa akan datang
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya husna.. saya sedang membuat kajian tentang pembelajaran kooperatif dan mencari guru yang melaksankan pk dalam pdp.
Delete