Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Apa khabar sahabat sekalian? Mudah mudahan sentiasa dalam keadaan baik. Baru-baru ini 28 Mei 2016 merupakan kelas terakhir saya bersama Dr Nurul dan sahabat yang lain bagi kursus SFP6024. Teringat lagi, saat kali pertama saya melangkah ke dalam kelas pada 27 Februari 2016 yang lalu. Dengan perasaan gementar sebab rasa ilmu tidak penuh di dada, bercampur dengan first time belajar dengan Dr Nurul membuatkan saya rasa betul-betul tidak bersedia. Tetapi segala perasaan negatif itu saya tolak ketepi tatkala melihat Dr Nurul masuk ke dalam kelas. Satu aura yang dapat saya rasakan di mana tidak semua guru mempunyai aura tersebut. Intonasi suaranya yang menarik perhatian, gerak tubuhnya yang membuatkan saya sentiasa fokus di hadapan dan pelbagai lagi.
Tik tok tik tok, jam berdetik tidak sedar bahawa kelas SFP6024 sudah berada di penghujungnya. Tidak sangka segala tugasan yang pada awalnya dirasakan berat dan tidak mampu dilakukan, akhirnya berjaya disempurnakan. Banyak ilmu baru yang saya perolehi daripada menghadiri kursus ini. Sememangnya ilmu ini sangat berguna untuk dipraktikkan dalam mendidik anak bangsa di luar sana. Selain itu, dengan menghadiri kursus ini membuatkan saya sedar betapa banyak perkara yang saya tidak tahu selama ini. Benarlah orang kata.. semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita rasa kita tak tahu..
Antara tugasan yang telah dilakukan di dalam kursus ini ialah ;
- Kajian tindakan bertajuk 'Keberkesanan Penggunaan Tracker Dalam Meningkatan Pemahaman Pelajar Bagi Topik Gerakan Jatuh Bebas' yang dijalankan di SMK Bidor. (klik link ini action research azie )
- Video Pengajaran Inovatif dengan menggunakan Web 2.0 tools, Video Analysis and Modelling Tool Tracker (klik link ini video inovatif )
- Blog Refleksi "Corat Coret Guru Fizik" (klik link ini http://aziefizik187.blogspot.my/ )
- MOOC dengan menyertai kursus "Powerful Tool for Teaching and Learning" yang disediakan oleh Coursera. Menonton video pengajaran bagi 5 minggu dan menjawab kuiz yang disediakan. (klik link ini https://www.coursera.org/course/newtechtools )
Alhamdulillah semua tugasan dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Sesungguhnya banyak perkara yang dapat dipelajari melalui setiap tugasan ini. Antaranya saya dapat membina blog sendiri, macam sekarang ;) Saya yang sememangnya tidak mempunyai pengalaman dan tidak pandai menyusun ayat di dalam blog, akhirnya berjaya melakukannya. Selain itu, pengalaman menjalankan kajian tindakan di SMK Bidor merupakan satu pengalaman berharga buat saya kerana dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kelas. Di samping menyediakan video inovatif yang bermula daripada proses rakaman hingga ke proses suntingan. Saya yang kurang arif dalam proses suntingan ini berjaya menghasilkan sebuah video inovatif dengan menggunakan perisian Corel Video Studio Pro X7 walaupun terdapat beberapa kekurangan dari segi isi kandungan video ;) MOOC yang selama ini cuma meniti di bibir semua orang dan saya hanya mendengar sahaja, akhirnya dapat saya enroll di Coursera. Satu ilmu dan pengalaman yang bakal menjadi titik tolak buat saya untuk menjadikan diri saya seorang guru yang berilmu lagi berinovasi. Selain itu melalui pembelajaran seperti PBL, TBL dan lain -lain juga sangat menarik dan merupakan satu pengalaman yang baru buat saya. Yang menariknya, saya dah belajar bagaimana nak membina senario masalah PBL yang ya ampunnn susah sangat. Tapi, sekurangnya saya dah belajar tekniknya melalui Dr Nurul.
Harapan saya adalah semoga segala ilmu yang dicurahkan akan sentiasa kekal dalam ingatan dan hati saya sendiri. Selain itu, saya berharap dapat mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas kelak. Memandangkan bulan hadapan saya akan menjadi seorang guru. Doakan saya ya! ;) Sejuta penghargaan buat Dr Nurul dan sahabat perjuangan SFP6024 di atas segala tunjuk ajar dan sokongan yang tiada bandingannya. Saya doakan semoga jasa dan ilmu yang dicurahkan ini akan menjadi saham buat kalian di akhirat kelak. InshaAllah
![]() |
Senyum semuaaaa ;D |
Setakat ini sahaja perkongsian saya. Maaf jika ada terlebih mahupun terkurang sepanjang penulisan saya di dalam blog ini. Semoga blog ini terus 'hidup' selepas ini biarpun kursus SFP6024 sudah berakhir. Good luck untuk sahabat yang akan menduduki peperiksaan akhir dan good luck juga buat Dr.Nurul. Semoga terus sukses dalam karier Dr mendidik anak bangsa. You are really impress me Dr! I wish one day I will be like you ;)
Selamat Maju Jaya. Guys! Dont forget drop your comment ya! ;)
Thank for reading ;D
HUhu...sedihnye....tapi rase2nye blog ni nak left jugak ke? hahaha....soalan i kan?
ReplyDeleteTahniaah, dah selesaikan semua tugasan dg baik. Ingat yee, blog kena update juga. :D
ReplyDelete
ReplyDeletecikgu syidah, tolong ingatkan i supaya sentiasa hidupkan blog ni hehe
hahaha u nak hidupkan ke dah tahun 2020 ni
Deletetahniah juga isnii 😘
ReplyDeleteTak kenal maka tak cinta, dah kenal sayang nak berpisah... keep in touch
ReplyDeletebetul tu.. keep writing ye gais.tahniah azie dan isni. keep in touch
ReplyDeletetahniah..penulisan yang baik...
ReplyDeleteTat dapat hadir kelas pada hari itu.
ReplyDelete